SEMAKAN ID VLE FROG MURID SK JALAN U3

JIKA TERDAPAT MASALAH BERKENAAN VLE FROG, SILA EMELKAN ADUAN ANDA KEPADA ADMIN VLE FROG SK JALAN U3: vleadmin.BBA8282@Yes.My

SILA GUNA PELAYAR WEB CHROME

Wednesday, 13 April 2016

Program Adiwira Selangor @ Kidzania Kuala Lumpur

Seramai 40 orang murid tahun 5 telah menyertai program Adiwira Selangor @ Kidzania Kuala Lumpur hari ini. Program anjuran Jabatan Pendidikan Selangor dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur ini melibatkan sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor. Program ini dianjurkan bertujuan untuk melahirkan ikon murid yang mempunyai ciri-ciri keterampilan, bijak mengurus wang, mempunyai minda yang cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak mulia. Program dimulakan dengan sesi taklimat pada pukul 9.00 pagi yang telah disampaikan oleh pihak Kidzania, dimana peserta program dibawa meninjau kawasan 'Bandar Kidzania' serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengunjung. Peserta program kemudiannya bergerak bebas ke setiap stesen yang berkonsepkan kerjaya sebelum program berakhir pada pukul 4.00 petang. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan. Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.